Final Fantasy 7 - Cloud's Buster Sword

Rabu, 20 November 2013

Kisah Pengajaran Hanya Kerana Sebiji Tembikai


Sebagai seorang pembeli, kita sudah semestinya akan marah jika buah yang kita beli rupa-rupanya sudah rosak pada bahagian dalamnya. Pada waktu itu, mulalah kita merungut, menyumpah seranah dan memarahi penjual buah tersebut tanpa membuat sebarang pertimbangan. Namun sebenarnya, kita tidak boleh bertindak sedemikian rupa. Persoalannya mengapa? Kalau begitu pada siapa yang patut kita marah? Ikuti kisah ini untuk dijadikan pengajaran dan pedoman hidup. In Shaa Allah

Pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itupulang dan diberikan kepada isterinya.
Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk di makan, ternyata buah ternbikai itu tidak elok,maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.



Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu?Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?”Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.


Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu beli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.


Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Final Fantasy 7 - Cloud's Buster Sword