Final Fantasy 7 - Cloud's Buster Sword

Rabu, 12 Mac 2014

Ayat Ruqyah (Video & Download)


Kelebihan ayat Ruqyah dalam perubatan Islam, Di mana  perawat akan membacakan beberapa potong ayat-ayat Al-Quran supaya pesakit dapat mendengarnya dengan khusyuk. Bagi mereka yang ada gangguan, biasanya apabila dibacakan Al-Quran pada telinganya, si Jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh si pesakit itu akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh bertahan dengan berdiam diri.

Jadi hari ini naz nak kongsikan kepada kawan-kawan yang mungkin tidak tahu dan mungkin juga sedang mencari-cari mengenai Ayat Ruqyah.


Apabila di baca ayat Ruqyah kepada persakit-pesakit akan memberi tindak balas seperti akan rasa pening-pening kepala, mabuk, muntah-muntah, menggeletar, pengsan, seram-sejuk dan berdebar-debar. Untuk makluman, ayat-ayat Al-Quran yang biasa digunakan untuk rawatan makhluk halus adalah lebih dikenali sebagai Ayat Ruqyah.


CARA MENGGUNAKAN MP3 RUQYAH SYAR’IYAH
  • Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).
  • Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.
  • Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
  • Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ayat ruqyah ini 3x sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca ayat Kursi 3x dan surah Al-Insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.
  • Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.  
  • Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.


URUTAN AYAT RUQYAH

  1. Al-Fatihah Juzuk 1 Seluruhnya
  2. Al-Baqarah Juzuk 1 Ayat 1-5
  3. Al-Baqarah Juzuk 1 Ayat 102
  4. Al-Baqarah Juzuk 2 Ayat 163-164
  5. Al-Baqarah (Ayatul Kursi) Juzuk 3 Ayat 255
  6. Al-Baqarah Juzuk 3 Ayat 285-286
  7. Ali-Imran Juzuk 3 Ayat 18-19
  8. Al-’Araf Juzuk 8 Ayat 54-56
  9. Al-’Araf Juzuk 9 Ayat 117-122
  10. Yunus Juzuk 11 Ayat 81-82
  11. Toha Juzuk 16 Ayat 69
  12. Al-Mukminun Juzuk 18 Ayat 115-118
  13. As-Soffaat Juzuk 23 Ayat 1-10
  14. Al-Ahqaaf Juzuk 26 Ayat 29-32
  15. Ar-Rahman Juzuk 27 Ayat 33-36
  16. Al-Hasyr Juzuk 28 Ayat 21-24
  17. Al-Jin Juzuk 29 Ayat 1-9
  18. Al-Ikhlas Juzuk 30 Seluruhnya
  19. Al-Falaq Juzuk 30 Seluruhnya
  20. An-Naas Juzuk 30 Seluruhnya

*BAGI UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM BILA MENDENGAR MP3/CD AYAT RUQYAH INI,SILA PEJAMKAN MATA DAN DENGAR SEHINGGA TAMAT TANPA MENGIKUT BACAANNYA DIMULUT ATAUPUN DIHATI*

                                       << KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD >>

Selain mengubati penyakit yang melibatkan jin dan syaitan, amalkan memasang audio ini di rumah terutamanya jika anda baru berpindah ataupun merasakan ada sesuatu tidak kena pada tempat tinggal anda. Sebar-sebarkanlah perkara ini kerana mungkin ada keperluannya pada insan yang memerlukan. InsyaAllah.

P/S Kalau di hafal dan dibaca sendiri lagi baik dan penuh keberkaatannya. Semoga perkongsian kali ini mungkin dapat membantu orang yang memerlukan. Jangan lupa terus berdoa dan bermohonlah kepadaNya semoga kita sentiasa di lindungi dari sebarang perkara yang tidak diingini.InsyaAllah.

Selasa, 11 Mac 2014

Jenis Fobia


Setiap orang pasti ada ketakutan ataupun fobia tertentu, ada yang mungkin memudaratkan ada yang sekadar ketakutan biasa sahaja. Banyak istilah-istilah yang digunakan untuk mengammbarkan jenis-jenis fobia ini. Untuk post kali ini naz ingin kongsikan senarai lengkap jenis-jenis fobia. Semua ini kami terjemahkan sendiri daripada beberapa sumber, jika ada sebarang kesilapan harap dapat diperbetulkan.

A
Achluophobia : Fobia pada kegelapan
Acousticophobia : Fobia pada bunyi
Acrophobia : Fobia pada ketinggian
Agoraphobia : Fobia pada tempat terbuka ataupun tempat yang sibuk (crowded)
Ailurophobia : Fobia pada kucing
Alektorophobia : Fobia pada ayam
Alliumphobia : Fobia pada bawang putih
Allodoxaphobia : Fobia pada pendapat
Altophobia : Fobia pada ketinggian
Amaxophobia : Fobia menaiki kereta
Ambulophobia : Fobia berjalan
Ancraophobia/Anemophobia : Fobia pada angin
Androphobia : Fobia pada lelaki
Anglophobia : Fobia pada England, lelaki English, budaya English dll
Anthrophobia : Fobia pada bunga
Antlophobia : Fobia pada banjir
Anuptaphobia : Fobia untuk kekal SINGLE
Apeirophobia : Fobia pada infiniti
Aphenphosmphobia : Fobia disentuh
Apiphobia : Fobia pada lebah
Apotemnophobia : Fobia pada orang yang membuat pembedahan membuang anggota badan.. (Amputations)
Arachnephobia/Arachnophobia : Fobia pada labah-labah
Arithmophobia : Fobia pada angka
Arrhenphobia : Fobia pada lelaki
Arsonphobia : Fobia pada api
Astraphobia/Astrapophobia : Fobia pada petir atau kilat
Astrophobia : Fobia pada bintang atau angkasa lepas
Ataxophobia : Fobia pada benda yang bersepah dan tidak kemas
Atelophobia : Fobia pada benda yang tak sempurna
Athazagoraphobia : Fobia bila dilupakan dan diabaikan
Atychiphobia : Fobia pada kegagalan
Aurophobia : Fobia pada emas
Automatonophobia : Fobia pada patung yang seakan manusia ( ala-ala macam wax statues la..)
Automysophobia : Fobia pada kekotoran
Autophobia : Fobia keseorangan
Aviophobia/Aviatophobia : Fobia untuk terbang

B
Bacillophobia : Fobia pada microbes.
Bacteriophobia : Fobia pada bakteria.
Bancophobia : Fobia pada bank.
Bathmophobia : Fobia pada tangga
Batophobia : Fobia pada ketinggian lagi…
Batrachophobia : Fobia pada amfibia (katak contohnya)
Belonephobia : Fobia pada pin dan jarum
Bibliophobia : Fobia pada buku
Botanophobia : Fobia pada pokok
Brontophobia : Fobia pada petir dan kilat

C
Cacophobia : Fobia pada kehodohan
Caligynephobia : Fobia pada gadis cantik…
Carnophobia : Fobia pada daging
Catagelophobia : Fobia diajuk atau diejek
Catoptrophobia : Fobia pada cermin
Cenophobia / Centophobia : Fobia pada perubahan atau benda baru
Ceraunophobia :Fobia pada petir
Chaetophobia : Fobia pada rambut
Chionophobia :Fobia pada salji
Chiraptophobia : Fobia disentuh
Chirophobia : Fobia pada tangan
Chorophobia : Fobia menari
Chrometophobia/Chrematophobia : Fobia pada wang atau duit
Chromophobia/Chromatophobia : Fobia pada warna
Chronomentrophobia : Fobia pada jam
Cibophobia/Sitophobia/Sitiophobia  : Fobia pada makanan
Claustrophobia : Fobia terperangkap dalam ruang yang sempit atau bilik yang tertutup
Climacophobia : Fobia pada tangga (stairs)
Clinophobia : Fobia nak masuk tidur.
Coimetrophobia : Fobia pada benda yang simetri
Coulrophobia : Fobia pada badut
Cyberphobia : Fobia pada komputer
Cyclophobia : Fobia pada basikal
Cymophobia : Fobia pada gelombang
Cynophobia : Fobia pada anjing



Sabtu, 8 Mac 2014

14 Jenis Seni Bela Diri di Dunia



Ilmu bela diri di seluruh dunia banyak macamnya. Tujuan utama dari semua bela diri tersebut ada dua perkara iaitu untuk mempertahankan diri dari serangan musuh dan untuk menyihatkan badan. Berikut ini adalah 14 jenis seni bela diri di dunia:


1. PENCAK SILAT (Nusantara)

Silat atau silat adalah suatu seni bela diri yang berasal dari Asia Tenggara. Seni bela diri ini secara luas dikenal di Indonesia, Malaysia, Brunei, dan Singapura, Filipina selatan, dan Thailand selatan sesuai dengan penyebaran suku bangsa Melayu nusantara. Silat dianggarkan menyebar di kepulauan nusantara semenjak abad ke-7 Masihi, akan tetapi asal mulanya belum dapat dipastikan. Asal mula ilmu bela diri di nusantara ini kemungkinan berkembang dari kemahiran suku-suku asli Indonesia


Tradisi silat diturunkan secara lisan dan menyebar dari mulut ke mulut, diajarkan dari guru ke murid, sehingga catatan tertulis mengenai asal mula silat sukar ditemui

Jambatan Tertinggi di Dunia



The Millau Viaduct adalah sebahagian daripada E11 tol baru yang menghubungkan Paris dan Barcelona dan ciri jambatan dermaga tertinggi yang pernah dibina. Yang tertinggi adalah 240 meter (787 kaki) tinggi, membuatkan ia menjadi jambatan tertinggi di dunia. Ia lebih tinggi dari Menara Eiffel, Paris, Perancis.

Strawberri Berwarna Biru


Strawberri berwarna biru? Ya, anda mungkin terfikir ianya mustahil, tetapi Syarikat GM membuktikan sebaliknya. Saintis di syarikat tersebut dilaporkan telah berjaya menghasilkan strawberri biru yang telah direka untuk menahan suhu beku.


Para saintis telah menemui sejenis gen khas dari ikan Arctic Flounder yang menghasilkan bahan antibeku sendiri supaya ia dapat melindungi dirinya daripada air beku. Selepas sedikit penyelidikan,gen ini dimasukkan ke dalam gen strawberi yang membuatkan strawberi berwarna biru dan tahan sejuk. Namun penghasilan ini mendapat kritikan banyak pihak kerana dikatakan buah ini tidak selamat dimakan.

Jin Qarin adalah Kembar kita


Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai ‘kembar’ manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya Qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca Al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Firman Allah: “Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu (Qarin) temannya yang tidak renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf 43:36)

Untuk mengimbangi usaha Qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh Qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca Al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Belajar bahasa Jepun




SIAPA YANG INGIN BELAJAR BAHASA JEPUN??

Sekarang naz ingin mengajar serba sedikit Bahasa Jepun yang asas. Walaupun asas tetapi intipatinya adalah padat untuk semua yang baru belajar bahasa Jepun sebelum membina ayat yang lebih panjang..mungkin naz akan cuba tulis dalam bahasa Inggeris agar semua faham dan lebih mudah.

Hello nama saya adalah ムハンマド ナ ズミ ... dalam masyarakat Jepun, apabila anda bertemu dengan seseorang buat kali pertama, istilah "Hajimemashite" akan digunakan sebagai kata-kata pembukaan dan "Doozo Yoroshiku" sebagai kata-kata penutup.

Jumaat, 7 Mac 2014

Golden Ratio 1.618



Kota Mekah



Makkah (ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah; Bahasa Arab: مكة المكرمة) terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah. Makkah merupakan tempat lahirnya Islam serta Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah S.W.T. Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Setiap hari sebanyak lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersolat. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut. Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram yang mana terdapatnya Kaabah.



Dalam klip video ini, kita akan melihat satu rahsia dan bukti saintifik yang sukar untuk dipercayai yang tersembunyi dalam Bandar Suci Mekah selama beribu-ribu tahun. APAKAH rahsia tersebut? RAHSIA NOMBOR HEBAT METAMETIK – 1.618. Kenapa nombor ini dikatakan hebat? Kerana Allah S.W.T sering menggunakan nombor ini dalam penciptaan beberapa kejadian dalam alam semesta seperti denyutan jantung, nisbah spiral DNA, susunan daun dan struktur spiral pelbagai galaksi. Allah S.W.T sering menggunakan nombor yang sama iaitu "NOMBOR NISBAH EMAS – 1.618".

video ini tiada audio tetapi anda boleh baca translate yang tertera

Pusat Penyembelihan Ular di Indonesia

Pusat Penyembelihan Ular Di Indonesia . Di sebuah kampung di Kapetakan, Indonesia, terdapat sebuah kilang penyembelihan ular yang dikenali sebagai Boss Cobra. Kilang ini menghasilkan beratus² meter kulit ular yang kemudian dijual kepada pembuat barangan kulit berasaskan ular. Dagingnya pula tidak dibazirkan. Ia dijual dan dipercayai boleh menjadi ubat kepada penyakit kulit, asma, dan meningkatkan prestasi ketika berasmara.



Rabu, 5 Mac 2014

Masuk Islam selepas kaji Mumia Ramses II




PRESIDEN Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Presiden Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L'Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Kisah Nenek Tua dijatuhkan hukuman


Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim membuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.

 ‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.

 “Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”

 Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.

Selasa, 4 Mac 2014

Sungai Paling Jernih di dunia



Proses terjadinya Aurora


Fenomena AURORA ini terjadi akibat adanya interaksi antara medan magnetik yang dimiliki planet tersebut dengan partikel bermuatan yang dipancarkan oleh matahari (angin matahari) atau dikenali ribut solar.

Aurora adalah pancaran cahaya yang terjadi pada lapisan ionosfera bumi akibat terjadinya interaksi antara medan magnetik (pada bumi) dengan zarah bercas yang dipancarkan oleh matahari yang disebut sebagai plasma ada juga mengatakan sebagai "ejection mass coronal" (CMEs)

Change your WORDS , Change your WORLD



Isnin, 3 Mac 2014

Taman NERAKA Thailand


Bangkok, Berpesta tentunya bertujuan sebagai hal yang dapat menghibur diri. Namun kali ini Thailand mempersembahkan destinasi pelancongan yang cukup unik iaitu neraka. Taman ini bernama The Wang Saen Suk Hell Garden. Ini adalah sebuah destinasi pelancongan di Chonburi, Bangkok, Thailand. Taman ini memang menggambarkan neraka dalam versi agama budha. Di pintu masuk para pelancong memang disambut dengan tulisan Selamat datang di neraka. Selain itu yang lebih menyeramkan lagi adalah adanya adegan penyeksaan yang menakutkan seperti seksaan di neraka nanti.

Pelancong boleh melihat semua hukuman yang diberikan kepada manusia yang berdosa. Misalnya, patung yang menyerupai manusia itu direbus di dalam kuali bersalut tembaga.

Ada juga hukuman manusia yang di makan hidup-hidup oleh anjing neraka serta ada juga patung yang kurus tulang rusuknya akan kelihatan menonjol. Bukan hanya siksaan yang dipaparkan namun banyak kata-kata bijak yang dipaparkan agar kita mengingat mengelakkan melakukan dosa

Ahad, 2 Mac 2014

Maksud Lagu Kiroro Mirae

Kiroro 未来へ (Mirai e)
Kiroro bermaksud menuju masa hadapan

Digubal pada tahun tahun 1998-an  (lebih tepatnya 24 Jun 1998). Maksud lagu dia sangat bagus. Liriknya menceritakan tentang kasih sayang ibu kepada anaknya. Lagu yang tepat untuk dinyanyikan saat Hari Ibu ^^ 
Terdiri daripada 2 orang perempuan asal Okinawa, yaitu Chiraru Tamashiro sebagai vokalis dan Ayana Kinjo sebagai pemain keyboard/piano





                                         

Rasuah




APAKAH ITU RASUAH??

Rasuah merupakan gejala yang sinonim dengan masyarakat kita pada hari ini. Definisi rasuah secara literalnya bermaksud sogokan atau secara konseptualnya bermaksud suatu bentuk pemberian seperti hadiah dan wang tunai untuk mendapatkan sesuatu perkhidmatan, pertolongan, diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan dan sebagainya  yang diberikan oleh orang tertentu kepada pihak lain untuk menyembunyikan sesuatu perkara atau untuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang mudah dan cepat tetapi salah mengikut undang-undang negara.


RASUAH MENGIKUT KONTEKS ISLAM


            Rasuah dalam perspektif hukum Islam adalah haram. Ini berdasarkan dalil yang qat’i iaitu al-Quran, as-Sunah dan Ijmak Ulamak.  Dalam al-Quran terdapat ayat yang menggariskan tentang rasuah berdasarkan firman Allah SWT maksudnya  : “ Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” 
(Surah al-Baqarah ayat 188)

Rasulullah SAW bersabda  maksudnya :  “ Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam api Neraka”. (Hadis Riwayat at-Tabrani)


PUNCA DAN KESAN TERJADINYA RASUAH

           Berdasarkan pemerhatian, punca-punca menyebabkan berlaku rasuah ialah bernafsu besar atau sifat tamak haloba, sikap mahu hidup mewah, memburu kekayaan dengan cepat, tidak bersyukur serta terikut-ikut dengan rakan-rakan sekerja. Mereka yang memberi dan menerima rasuah adalah mereka yang lemah imannya dan tidak takut kepada kemurkaan Allah SWT.

          Harta yang dimiliki bersumberkan rasuah tidak akan diberkati Allah SWT kerana kehidupan mereka dan keluarga tidak akan tenang untuk mengecapi kebahagiaan hidup.

         Sama ada disedari atau tidak bahawa mereka yang terlibat dengan jenayah ini sebenarnya mengakibatkan beberapa kesan buruk seperti pembahagian kekayaan negara tertumpu kepada orang tertentu sahaja, meningkatkan kadar inflasi dan berleluasa kezaliman dalam masyarakat. Dengan demikian golongan yang paling malang dan rugi ialah golongan yang berpenat lelah mencari rezeki halal menggunakan tulang empat kerat seperti para petani, nelayan, penoreh getah, buruh kasar dan kumpulan dhaif yang lain .


HUKUM JIKA TERLIBAT DENGAN RASUAH

Rasuah adalah perbuatan haram yang boleh mengakibatkan tertolaknya ibadah solat dan doa kita. Sedekah dan ibadah haji juga tidak akan diterima oleh Allah SWT. Alangkah ruginya mereka yang melakukan perbuatan rasuah ini kerana ibadah dan doa mereka menjadi sia-sia, dan tidak akan  mendapat rahmat Allah SWT. 


AKIBAT JIKA TIDAK MENGHINDARKAN GEJALA INI DALAM HIDUP KITA

          Lebih membimbangkan lagi jika kita tidak segera membanteras penyakit rasuah boleh menyebabkan kita terdedah dengan pelbagai malapetaka dan bencana dalam kehidupan, akibat kemurkaan Allah SWT.

         Firman Allah SWT yang bermaksud : “Mereka ditimpa kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan mereka kembali mendapat kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpa kemiskinan. Yang demikian itu, disebabkan mereka ingkar akan ayat-ayat Allah, dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan melampaui batas.” (surah Ali Imran ayat 112)

Sabtu, 1 Mac 2014

Biodata Iblis




Nama Asal                      : Azazil.
Nama Sekarang             : Iblis Laknatullah. (selepas enggan sujud kepada Nabi Adam)
Tempat Kelahiran         : Bumi sebelum Nabi Adam a.s dicipta.
Tarikh Kelahiran           : 80,000 tahun sebelum Nabi Adam diciptakan                                                                                                                                (mengikut ibadat yang dilakukan)
Bangsa                               : Bangsa Jin (Bapa kepada bangsa Jin)
Gelaran yang pernah 
di perolehi                       : Sayyid al Malaikat (Imam para malaikat), Khazin al                                                                                                                    Jannah (Bendaharawan syurga)
Status Diri                       : Fasik kelas pertama.
Agama                              : Kufur.
Tempat Tinggal
    Di Dunia                       :  Hati-hati mereka yang lalai
Tempat Tinggal
    Di Akhirat                    : Neraka jahanam
Kawasan                          :Setiap tempat yang didalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah
Arah Perjalanan            : Tiada haluan dan bengkang bengkok
Isteri di Dunia                 : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, mentaati Allah, Rasul dan                                                                                     suaminya.
Kaum Kerabat                :Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Modal Pusingan            : Angan-angan kosong
Tempat Pertemuan     : Pasar-pasar
Musuh Ketat                   : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Motto Kerja                     : "Hipokrasi asas akhlak"
Kesukaannya                  : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan                                                                                                           menyesatkannya
Cita-Cita                            : Supaya semua makluk dimuka bumi ini menjadi kafir
Kelemahannya               : Bila orang membaca istighfar
Lambang                          : Sebarang tatu
Pejabat Operasi              : Tandas, bilik air, tempat bernajis dan kotor serta tempat-tempat                                                                                          maksiat 
Rakan Kongsi                  : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan                                                                                               manusia
Sumber Pendapatan      : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
Jenis Perkhidmatan       : Menggalakkan manisia mengerjakan kemungkaran dan                                                                                                             kederhakaan terhadap Allah
Tempoh Perkhidmatan  : Sehingga hari kiamat
Matlamat Perjalanan      : Membawa setiap makhluk keneraka Jahanam
Teman Sejawat                : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan                                                                                                              kebenaran
Makanan Kegemaran      : Daging orang mati dan segala najis dan kotoran
Yang Ditakuti                    : Orang mukmin yang bertakwa, beriman dan beramal
Yang Dibenci                     : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Alat Perangkap                 : Wanita cantik, model, pelacur, pragawati dan sebagainya
Saat Ajal                             : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak
Tugas Yang Paling
    Disukai                            : Homosex dan Lesbian
Janji-Janji                           : Janji kosong, angan-angan dan tipu daya

Yang Membuatnya
    Menangis                        : Bila orang sujud kepada Allah
Final Fantasy 7 - Cloud's Buster Sword