Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim
duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri
ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan
cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap
dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.
Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan
saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.
”Saya tidak dapat membuat di ruang mahkamah
pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang
nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin,
anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya
ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada
orang lain.
Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba
hakim membuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil &
memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada
di ruang mahkamah.
‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan
denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu
(lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang
kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.
“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda
dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”
Sebelum tukul diketuk nenek itu telah
mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar
kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah
gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang
dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan