Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah
sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai ‘kembar’ manusia. Setiap
manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri. Rasulullah
s.a.w sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin Rasulullah adalah Muslim.
Manakala yang lainnya adalah kafir.
Pada umumnya Qarin yang kafir ini kerjanya
mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan
solat, berat nak baca Al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga
untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.
Firman Allah: “Dan sesiapa yang tidak
mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha
Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya),
lalu menjadilah Syaitan itu (Qarin) temannya yang tidak renggang daripadanya.”
(Az-Zukhruf 43:36)
Untuk mengimbangi usaha Qarin ini Allah
utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat
kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut
pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu
menguasai dan menjadikan pengaruh Qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan
membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir,
membaca Al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada seorang pun
daripada kamu melainkan sudah diwakili bersamanya Qarin daripada jin dan
malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah?” Sabdanya: “Ya aku juga
ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat ku islamkan dan
hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Hadith Riwayat Muslim dan
Ahmad)
Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu
malam Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya (Aisyah), lalu Aisyah berkata: “Aku
merasa cemburu.” Tiba-tiba Baginda s.a.w berpatah balik dan bertanya: “Wahai
Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?” Aku berkata: “Bagaimana aku
tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah.” Sabda Baginda s.a.w:
“Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?” Aku bertanya: “Apakah aku ada
syaitan?” Sabda Baginda s.a.w: “Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin.” Aku
bertanya lagi: “Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?” Jawab Baginda:
“Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam.” (Hadith
Riwayat Muslim)
Di dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud: “Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s dengan dua perkara,
iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam.
Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir
dan isterinya membantu ia membuat kesalahan.” (Hadith Riwayat Baihaqi)
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu
ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang
mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus,
sedangkan yang mengikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau
kurus, “Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir,
makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu.” Sebaliknya syaitan yang mengikuti
orang kafir itu pula berkata: “Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu
juga minum.”
Qarin akan berpisah dengan ‘kembarnya’ hanya
apabila manusia itu (kembarnya) meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan
di alam barzakh, sedangkan Qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah
panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya
akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi Qarin akan berlepas
tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan yang
dilakukan manusia itu.
Cara Nak Melihat Kembar Ghaib Kita. Berikut adalah cara untuk melihat Qarin :
Ada 8 langkah:
1. Cabut 7 helai rambut kepala.
2. Ambil 7 potongan kuku tangan atau kaki.
3. Letakkan semua di atas sehelai kain putih
(apa saja, yang penting putih).
4.
Gulung kain putih yang ada isinya
tadi.
5. Ambil limau nipis, satu saja, perah airnya
hingga habis.
6. Air perahan tadi anda titiskan pada
gulungan kain putih.
7. Gulungan kain tadi anda letakkan di taman
atau halaman rumah, atau di mana saja yang penting dekat pagar rumah, kalau
boleh jangan bagi orang lain tahu, tak perlu ditanam letak saja di antara tumbuhan.
8. Tunggu 7 hari, sehingga Qarin anda datang,
hingga malam kelapan, dia boleh muncul di mana saja, cuma munculnya sepintas,
biasanya kembaran itu meniru apa yang sudah pernah kita kerjakan atau yang akan
kita kerjakan, dia tak boleh dilihat orang
lain, cuma kita sendiri.
Caesars Interactive Launches BetMGM Casino App in Michigan
BalasPadamLaunched at Caesars 성남 출장마사지 Interactive, 안성 출장샵 BetMGM has established a brand new, sports betting 부천 출장샵 mobile sportsbook, as 경기도 출장안마 well 안양 출장샵 as online poker and casino products.