Final Fantasy 7 - Cloud's Buster Sword

Sabtu, 8 Mac 2014

14 Jenis Seni Bela Diri di Dunia



Ilmu bela diri di seluruh dunia banyak macamnya. Tujuan utama dari semua bela diri tersebut ada dua perkara iaitu untuk mempertahankan diri dari serangan musuh dan untuk menyihatkan badan. Berikut ini adalah 14 jenis seni bela diri di dunia:


1. PENCAK SILAT (Nusantara)

Silat atau silat adalah suatu seni bela diri yang berasal dari Asia Tenggara. Seni bela diri ini secara luas dikenal di Indonesia, Malaysia, Brunei, dan Singapura, Filipina selatan, dan Thailand selatan sesuai dengan penyebaran suku bangsa Melayu nusantara. Silat dianggarkan menyebar di kepulauan nusantara semenjak abad ke-7 Masihi, akan tetapi asal mulanya belum dapat dipastikan. Asal mula ilmu bela diri di nusantara ini kemungkinan berkembang dari kemahiran suku-suku asli Indonesia


Tradisi silat diturunkan secara lisan dan menyebar dari mulut ke mulut, diajarkan dari guru ke murid, sehingga catatan tertulis mengenai asal mula silat sukar ditemui



2. MUAY TAI (Thailand)


Perkataan Muay berasal dari bahasa Sanskrit "mavya" ("tinju bela diri") dan Thai berasal dari kata "Tai" ("suku Thai"). Mengabungkan kombinasi seni bela dari China dan IndiaPopulariti beladiri ini mula muncul pada 1800an. Secara tradisi, bela diri ini sangat berstruktur, dengan pelbagai ritual yang menunjukkan penghormatan kepada lawan. Sekarang beladiri ini lebih tertumpu sebagai penggunaan badan sebagai senjata, genggaman, tulang kering, siku, lutut, dan pelbagai perkara lain untuk mengalahkan lawan. Inilah yang membuat bela diri ini berharga, kerana semua bahagian badan boleh digunakan sebagai senjata

3. BRAZILIAN JIU JUTSU (Brazil)


Walaupun ditubuhkan di Brazil, pengasas bela diri ini adalah Mitsuyo Maeda, seorang petarung dari Jepun, yang memenangi lebih dari 2000 perlawanan dan dianggap sebagai manusia paling tangguh. Maeda bertemu dengan keluarga Gracie di Jepun pada 1914, dan semenjak saat itu juga keluarga Gracie dianggap sebagai keluarga pertama beladiri ini. Penekanan pada lemparan dan groundwork menjadikan sukan ini popular di kalangan pengguna sukan campuran 

4. KARATE  (Jepun)


Bermaksud "tangan kosong", Karate diperkenalkan sebagai beladiri tanpa senjata. Pelbagai teknik Karate dijangka bermula dari tahun 1300-an, walaupun penulis "10 Precepts of Karate", Anko Itosu, bapak karate moden, menuliskan buku tersebut pada 1908. "Karate adalah teknik yang mengubah tangan dan kaki menjadi tombak" demikian tulis Anko. Pada buku tulisan Anko, karate dapat dipakai sebagai cara mengindari pergaduhan jika dihadang penjahat. 

5. KUNG FU (China)


Bela diri cari China ini bermakna secara harfiah: Kejayaan yang diraih dengan jalan yang berat dan panjang, dan merupakaan beladiri paling tua di dunia. Semenjak diperkenalkan oleh Maharaja Huangti, 2,698 sebelum Masehi, telah berkembang puluhan ribu aliran Kungfu. Secara tradisional, beladiri ini diajarkan oleh para sami Shaolin, dengan penekanan utama pada moral dan falsafah, dimana nilai kerendahan hati, kepercayaan, dan kesabaran, serta penghormatan di tekankan. 

6. TAEKWANDO (Korea)

 Te-kwondo mempunyai arti "jalan kepalan dan kaki", beladiri ini berkembang pesat pada selepas era PD II, ketika Jepun mengakhiri pendudukan atas Korea. Bela diri ini terkenal atas tendangannya yang mencengangkan, dan menggabungkan antara kemampuan fizikal dan kekuatan mental. Pemengang tali pinggang hitam beladiri ini mencapai 3 juta orang di seluruh dunia. 

7. NINJUTSU (Jepun)


Beladiri misteri ini biasa digunakan oleh kaum pembunuh dan para pejuang gerila Jepun. Ninjitsu mengajarkan berbagai cara untuk mengejutkan lawan dan mengalahkan lawan, dengan arah perkembangan untuk membunuh. Selain kaki, tangan, berbagai senjata diajarkan juga, termasuk teknik menyelinap dan melarikan diri secara berkesan. 

8. JUJUTSU (Japan)



Ketika samurai Jepun kehilangan semua senjata, mereka akan beralih ke penggunaan Jujutsu (seni lembut). Jujutsu berkembang dengan berfokus pada lemparan, kuncian dan menggulingkan diri. Tapi tidak seperti bela diri lain, Jujutsu lebih banyak bergerak ke "apa aja boleh". Secara tradisional, para murid diajar pelbagai taktik "curang" seperti menarik mata, menggigit, yang jika digunakan dengna tepat, boleh membunuh lawan. Bela diri ini sangat berkesan jika digunakan pada pertempuran jarak pendek. 

9. KRAV MAGA (Israel)


Beladiri wajib pengawal presiden Israel, seni bela diri ini tanpa aturan, dan keras. Bela diri ini tidak pernah dilatih untuk sukan, kerana benar2 ditujukan untuk menghancurkan penyerang dengan menumpukan pada kawasan vital lawan, misalnya paha dan mata, dan bahkan membenarkan penggunaan kepala sebagai senjata dan pelbagai benda yang ada sebagai senjata. Pendekatan bela diri ini dibahagikan tiga langkah: Hadapi ancaman, cegah lawan untuk melakukan serangan kedua, dan netralkan lawan. 

10. AIKIDO (Jepun)


Aikido diperkenalkan pada awal 1900an, dengan para pengikutnya belajar untuk menggunakan kekuatan dan tenaga lawan untuk menjatuhkan mereka. Para murid diajar untuk tetap menjaga keadaan penyerangnya, dan diajarkan untuk melumpuhkan tanpa melukai. Penggunaan senjata juga sering ditemui dalam aikido, dan para pengikutnya diajar untuk bertahan melawan tongkat, pedang dan bahkan pisau. pengasas Aikido, Morihei Ueshiba, berkata bahawa untuk menjadi pengikut Aikido yang berjaya, para murid harus "menerima 99% serangan lawan dan menatap wajah kematian tanpa takut." 

11. Judo (Jepun)


Judo dijumpai atau ditubuhkan oleh Kano Jigoro, yang sering diganggu pada masa kecilnya, sekitar 1860 hingga 1870. Dengan mengambil pelbagai kemampuan dasar beladiri yang berkembang, Kano menambah teknik lemparan untuk mencipta Judo. Arti kata Judo adalah "jalan lembut" yang bererti kira2 menggunakan kekuatan lawan untuk melawan dirinya sendiri. Kerana prinsip inilah, maka Judoka tidak harus lebih kuat daripada lawannya. Fokus utama Judo adalah melempar dan kuncian tanah, daripada memukul atau menyerang. 

12. CAPOEIRA (Brazil)


Kombinasi dari pertarungan dan tarian, Capoeira mungkin adalah bela diri yang paling indah untuk ditonton. Capoeira adalah sebuah sistem bela diri tradisional yang ditubuhkan di Brazil oleh budak-budak Afrika yang dibawa oleh orang-orang Portugis ke Brazil untuk bekerja di ladang-ladang besar. Pada zaman dahulu mereka melalukan latihan dengan diiringi oleh alat-alat muzik tradisional. Capoeira tidak saja menjadi sebuah kebudayaan, tetapi juga sebuah sukan negara Brazil, dan para guru dari negara tersebut membuat capoeira menjadi terus menerus lebih antarabangsa, mengajar di kumpulan-kumpulan mahasiswa, bermacam-macam fitness center, organisasi-organisasi kecil, dll. Saat ini capoeira dipelajari hampir di seluruh dunia, dari Portugal sampai ke Norway, dari Amerika Syarikat hingga ke Australia, dari Indonesia hingga ke Jepun. 

13. SAMBO (Rusia)


Rusia mengembangkan seni bela diri dalam bentuk gulat yg brutal. namun selama masa komunis Rusia 1917 ikatan bela diri Rusia memutuskan bahawa teknik brutal mematahkan tulang dan merobek sendi tersebut tidaklah cukup bagi orang-orang komunis Soviet. Kerana itulah mereka mengubah nya menjadi Sambo yg dalam bahasa Rusia bererti "self-defense without weapons" Pada mulanya hanya dipelajari oleh Red Army beserta agen kerajaan namun kerana tahap jenayah makin meningkat, sambo juga dipelajari oleh para bodyguard. 

14. MCMAP (Marine Corp Martial Arts Program) United States


Bela Diri Mematikan Di Seluruh Dunia Setiap anggota marine harus mengikuti sekurang-kurangnya 2 program bela diri per tahun sejak tahun 1775.Pada suatu masa ada 1 program latihan bela diri bagi marine dimana program tersebut merupakan gabungan dari beberapa daerah tempat marine pernah ditugaskan.Program tersebutlah yang dinamakan MCMAP. Pada program moden dari MCMAP ini diajarkan tentang bertarung dengan menggunakan tangan kosong (Keutamaan), senjata seadanya (improvised weapons), bayonet, dan bahagian dari senapang (popor atau gagang). Sekarang ketika anda menggunakan teknik MCMAP pada sesorang tiap moves mempunyai pilihan untuk menyerang secara fatal (mati), hanya melukai untuk menderita secara tersiksa atau bahkan keduanya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Final Fantasy 7 - Cloud's Buster Sword