PRESIDEN Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia
itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Presiden
Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu
dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas
di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar
rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh
doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis
yang dilahirkan di Pont-L'Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di
bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di
bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia
menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin
Mesir, Anwar Sadat.
Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan
menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak
misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu. Ternyata, hasilnya
sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat
pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat
tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, 'dirawat'
segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang
sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan
sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan
daripada laut?Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya
sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan
kaedah pengawetannya. Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun:
Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La
Midecine).
Mumia Ramses II |
KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada
Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru."Jangan
tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa
Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!"Namun
kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat
mustahil.Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat
diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal
canggih yang mutakhir dan tepat. Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung
apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam
telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya
diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana
perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja
ditemui sekitar tahun 1898.Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam
sejak ribuan tahun sebelumnya.Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan
yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana
al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur
sejak ribuan tahun lalu."Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun
yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui
hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum
al-Quran diturunkan," bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: "Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu". (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu .Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir,
Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu.Lalu beliau
memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa,
kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun
dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus
bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille
mendengarkannya sendiri: "Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu
supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu
dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan
Kami." (Yunus: 92). Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille
benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia
dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains
untuk maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam
menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang
berkata: "Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran
ini."Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi
beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya
beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan
sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu
The Bible, the Qur'an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light
of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang
kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan
bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil
adalah sebaliknya."Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh
berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik
tetapi tiada sedikit pun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.
"Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena
alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden," katanya. Beliau
memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah!
Dr Bucaille |
Sebarkan! Semoga ada manfaat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan