Final Fantasy 7 - Cloud's Buster Sword

Jumaat, 28 Februari 2014

Anime Genre

HAREM - Biasanya seorang lelaki di kelilingi oleh sekumpulan gadis-gadis yang cantik sama ada dia memiliki sifat yang romantik atau tidak. Dia juga memiliki tarikan tersendiri .


Harem

BISHOUNEN - Lelaki yang berwajah comel dan kacak

Bishounen

SHOUNEN AI (YAOI) - Cerita berkaitan hubungan antara lelaki dan lelaki termasuk sex (Gay)

Yaoi

JOSEI - Biasanya di tujukan kepada wanita yang lebih tua

Josei
MECHA - Robot dan sebagainya


Mecha
SHOUNEN - Bermakna lelaki, perkara-perkara yang lelaki stereotaip suka


Shounen

SEINEN - Umumnya bertujuan untuk lelaki yang lebih dewasa.


Seinen
SHOUJO - Biasanya untuk gadis-gadis, menerapkan unsur-unsur romantik dan perkembangan hubungan antara lelaki dan perempuan.



Shoujo


SHOUJO AI (YURI) - Cinta gadis. Hubungan antara dua gadis termasuk babak pegang tangan dan mencium atau panggilan hardcore dia ialah Yuri


Shoujo Ai

HENTAI - Anime lucah yang mempunyai unsur pornografi



ECCHI - Mengandungi banyak innuendo sexual .Seperti menunjukkan coli / payudara, seluar dalam, bogel secara tiba-tiba, pemikiran seksual..Ecchi tidak menunjukkan perbuatan seks atau bahagian badan intim kecuali dada dan punggung..Ecchi selalunya dilakukan untuk berjenaka.



Rabu, 26 Februari 2014

Belajar Loghat Kelantan



Restoran Atas Awan

Unkai Terrace Restaurant di Jepun akan membuatkan anda betul-betul berada di atas awan..kalau bercuti ke Jepun sila la kunjungi tempat yang sungguh indah ini dan merakam kenangan yang indah..


Unkai Terrace telah dibuka di Alpha Resort Tomamu iaitu sebuah perkampungan yang indah di daerah Shimukappu, Hokkaido Jepun.

Kalau korang nak tahu "Ukai" bermaksud "Lautan Awan" dan apabila anda berada di lokasi ini, ada akan berasa seolah-olah berada di atas awan yang indah.

Resort ini berada di ketinggian 1100 meter dari aras laut, anda dan rakan anda boleh minuman kopi sambil menikmati suasana yang sungguh memukau mata anda.


 


Nabi Musa a.s ingin melihat Allah

Kisah ini benar berdasarkan apa yang tertulis di dalam al Quran...

Pada suatu ketika Nabi Musa telah memenuhi panggilan Allah..Beliau naik ke Gunung Sina (Thursina) setelah beliau menyempurnakan 40 malam yang diisi dengan puasa dan beribadah sendirian di atas gunung itu. Allah SWT pun berfirman dan menurunkan wahyu kepada beliau dalam Kitab Taurat. Kemudian Nabi Musa a.s pun sangat rindu untuk melihat wajah Allah yang telah berkata-kata kepadanya wajah Rabb-Nya

"Dan tatkala Musa a.s datang menurut waktu yang telah kami tentukan. Dan telah berfirman Rabb nya kepadanya : berkatalah ia , Ya Rabb perlihatkanlah (dirimu) kepadaku, agar aku dapat memandang Engkau"

Berkatalah Allah : "Engkau sekali-sekali tidak akan mampu melihat-Ku, tetapi arahkanlah pandangan engkau ke gunung itu. Maka jika ia tetap pada tempatnya, Nescaya engkau dapat melihat-Ku"

Isnin, 24 Februari 2014

Cara Memujuk Isteri

Sungguh merdu..isteri pon boleh cair bila dengar ...



Fenomena AZAN

Azan yang berkumandang di seluruh dunia tidak akan terputus, Subhanallah moga azan tidak akan berhenti berkumandang sehingga Hari Kiamat



Siapakah Azazil?


Azazil ( Arab عزازل / Inggeris : Azazel, Izazil) merupakan nama asal bagi Iblis Laknatullah...Iblis merupakan ketua dari bangsa jin Muqarrabin yang tinggal di muka bumi..Perkataan Azazil berasal daripada dua suku kata bahasa Arab Kuno iaitu Aziz yang bermaksud Terhormat, Berharga dan Sangat Kuat..Azazil secara harfiah bermaksud makhluk kuat Allah atau makhluk terhormat Allah....

Azazil merupakan makhluk di bumi yang taat kepada perintah Allah suatu ketika dahulu dan telah menyembah kepada Allah selama 1000 tahun...Oleh kerana itu Allah telah mengangkat Azazil ke langit pertama...Di langit pertama juga Azazil telah beribadat kepada Allah sebanyak 1000 tahun dan Allah mengangkatnya ke langit ke-2...Azazil terus beribadat tanpa berasa jemu sehingga naik dari satu langit ke satu langit hingga ke syurga dan akhirnya dia telah dilantik sebagai imam kepada para Malaikat..ibadat Azazil begitu banyak kepada Allah sehingga diriwayatkan Azazil telah beribadat kepada Allah selama 80,000 tahun dan tiada tempat di muka bumi ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya kepada Allah...


Ahad, 23 Februari 2014

Why Naz Cloud??

Nama gelaran Naz Cloud adalah sempena nama glamour naz...dahulu nya naz ada kumpulan yang di gelar ~[PH]oeniX~ dan naz merupakan leader kumpulan itu sebab naz yang tubuhkan...logo nya seperti di bawah...Cloud pula adalah nama karakter game yang sungguh kacak iaitu Cloud Strife..di bawah ini adalah Cloud Strife Wolf Emblem...bila di gabungkan jadi lah nama Naz Cloud



Bully

Bila naz tengok cerita di bawah ni naz teringat masa dahulu..naz juga pernah di buli mungkin naz ni jenis yang tak berani melawan dan takut di marah oleh mak dan ayah di sebabkan bergaduh..oleh sebab itu itu naz tak suka untuk melawan... Dengan itu kawan-kawan ambil kesempatan untuk membuli naz..naz juga jenis hati yang lembut dan mudah terasa..walaupon naz tak nampak sedih pada luaran tapi hati naz sedih bila di ejek oleh kawan..naz bukan jenis orang yang kuat menangis..cerita naz seperti video di bawah ni...

sila la tengok, terima kasih



Gwiyomi / Kiyomi





Final Fantasy 7 - Cloud's Buster Sword