Final Fantasy 7 - Cloud's Buster Sword

Isnin, 24 Februari 2014

Siapakah Azazil?


Azazil ( Arab عزازل / Inggeris : Azazel, Izazil) merupakan nama asal bagi Iblis Laknatullah...Iblis merupakan ketua dari bangsa jin Muqarrabin yang tinggal di muka bumi..Perkataan Azazil berasal daripada dua suku kata bahasa Arab Kuno iaitu Aziz yang bermaksud Terhormat, Berharga dan Sangat Kuat..Azazil secara harfiah bermaksud makhluk kuat Allah atau makhluk terhormat Allah....

Azazil merupakan makhluk di bumi yang taat kepada perintah Allah suatu ketika dahulu dan telah menyembah kepada Allah selama 1000 tahun...Oleh kerana itu Allah telah mengangkat Azazil ke langit pertama...Di langit pertama juga Azazil telah beribadat kepada Allah sebanyak 1000 tahun dan Allah mengangkatnya ke langit ke-2...Azazil terus beribadat tanpa berasa jemu sehingga naik dari satu langit ke satu langit hingga ke syurga dan akhirnya dia telah dilantik sebagai imam kepada para Malaikat..ibadat Azazil begitu banyak kepada Allah sehingga diriwayatkan Azazil telah beribadat kepada Allah selama 80,000 tahun dan tiada tempat di muka bumi ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya kepada Allah...



Azazil terlalu banyak jolokan, seperti Sayid al-Malaikat dan Khazin al-Jannah
setiap langit ia mendapat jolokan yang sangat bagus seperti:


1. Langit Pertama ar-Rafii'ah, kuat ibadah (al-Abid)

2. Langit Kedua al-Maa'uun, Ahli ruku (ar-Raki),
3. Langit ketiga al-Maziinah, Ahli sujud (as-Saajid),
4. Langit keempat az-Zahirah, Selalu merendah dan takluk kepada Allah (al-Khaasyi),
5. Langit kelima al-Muniirah, Selalu ta'at (al-Qaanit),
6. Langit keenam al-Khaliishah, Bersungguh-sungguh dalam beribadah (al-Mujtahid),
7. Langit ketujuh al-Ajiibah, Sederhana dalam menggunakan sarana hidup (az-Zahid)

Berdasarkan satu riwayat di mana Malaikat Israfil telah melihat akan suatu perkara yang tersurat di Luh Mahfuz iaitu:


"Adanya satu hamba Allah yang telah beribadat selama 80,000 tahun tetapi hanya dengan satu kesilapan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan akan dilaknat sehingga Hari Kiamat"


Maka, menangislah Israfil apabila melihat suratan tersebut kerana khuatir perkara tersebut merujuk kepada dirinya sendiri. Malaikat Israfil menceritakan kepada semua para Malaikat dan menangislah kesemua para Malaikat kerana takut dan bimbang tentang diri mereka. Mereka pun mengadu kepada imam mereka iaitu Azazil kerana doa Azazil mustajab dan dia berdoa:


"Ya Allah, janganlah engkau murka terhadap mereka (para Malaikat)"


Namun malang buat Azazil kerana lupa untuk mendoakan untuk dirinya sendiri. Lantas Azazil terus menuju ke Syurga dan di atas pintu Syurga dia terlihat suratan:


"Ada satu hamba dari kalangan hamba-hamba Allah yang Muqarrabin yang telah diperintah Allah untuk membuat satu tugasan, tetapi hamba tersebut telah mengingkari perintah Allah, Lalu dia tergolong dalam golongan sesat dan terlaknat"


Lalu Azazil mengutuk hamba Allah itu..ketika Azazil masuk ke dalam Syurga ..Azazil terlihat satu Makhluk yang sungguh sempurna dan Azazil bergitu terpegun dengan wajah Makhluk tersebut iaitu Nabi Adam a.s yang belum ditiupkan roh ke dalam jasad Nabi Adam..antara meninggalan Azazil yang dapat kita lihat sekarang ialah lekuk di antara bibir dan hidung terjadi apabila Azazil menyentuh jasad Nabi Adam a.s ketika itu kerana tertarik dengan kesempurnaan manusia..


Lalu Allah meniupkan roh ke dalam jasad Nabi Adam dan memerintah semua Makhluk menyembah Nabi Adam a.s..hanya Azazil sahaja tidak sujud kerana berasa dirinya lebih hebat daripada Nabi Adam a.s yang diperbuat daripada tanah berbanding dirinya diperbuat daripada Api..dia berasa malu jika sujud kepada Adam a.s kerana sebelum ini dia menjadi makhluk terhormat..Para Malaikat pun sujud kepada Nabi Adam a.s tanpa diperintah oleh imam mereka iaitu Azazil..Azazil dengan angkuhnya berkata kepada Allah dalam Surah Al-Israa' ayat 61:


"Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?"


Dengan keangkuhan Azazil ..Allah telah menglaknat nya sehingga Hari Kiamat dan di halau daripada Syurga dan namanya telah digantikan sebagai Iblis Laknatullah..Iblis telah berjanji kepada Allah akan menyesatkan umat Nabi Adam a.s sehingga Hari Kiamat seperti yang di nyatakan dalam Surah Al-Israa' ayat 62



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Final Fantasy 7 - Cloud's Buster Sword