Final Fantasy 7 - Cloud's Buster Sword

♫♪ Nαz✯Clσυd™ ☯ クラウド・ストライフ (Fiηαl Fαηtαsy 7) ヅ


web stats

Rabu, 12 Mac 2014

Ayat Ruqyah (Video & Download)


Kelebihan ayat Ruqyah dalam perubatan Islam, Di mana  perawat akan membacakan beberapa potong ayat-ayat Al-Quran supaya pesakit dapat mendengarnya dengan khusyuk. Bagi mereka yang ada gangguan, biasanya apabila dibacakan Al-Quran pada telinganya, si Jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh si pesakit itu akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh bertahan dengan berdiam diri.

Jadi hari ini naz nak kongsikan kepada kawan-kawan yang mungkin tidak tahu dan mungkin juga sedang mencari-cari mengenai Ayat Ruqyah.


Apabila di baca ayat Ruqyah kepada persakit-pesakit akan memberi tindak balas seperti akan rasa pening-pening kepala, mabuk, muntah-muntah, menggeletar, pengsan, seram-sejuk dan berdebar-debar. Untuk makluman, ayat-ayat Al-Quran yang biasa digunakan untuk rawatan makhluk halus adalah lebih dikenali sebagai Ayat Ruqyah.


CARA MENGGUNAKAN MP3 RUQYAH SYAR’IYAH
  • Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).
  • Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.
  • Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
  • Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ayat ruqyah ini 3x sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca ayat Kursi 3x dan surah Al-Insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.
  • Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.  
  • Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.


URUTAN AYAT RUQYAH

  1. Al-Fatihah Juzuk 1 Seluruhnya
  2. Al-Baqarah Juzuk 1 Ayat 1-5
  3. Al-Baqarah Juzuk 1 Ayat 102
  4. Al-Baqarah Juzuk 2 Ayat 163-164
  5. Al-Baqarah (Ayatul Kursi) Juzuk 3 Ayat 255
  6. Al-Baqarah Juzuk 3 Ayat 285-286
  7. Ali-Imran Juzuk 3 Ayat 18-19
  8. Al-’Araf Juzuk 8 Ayat 54-56
  9. Al-’Araf Juzuk 9 Ayat 117-122
  10. Yunus Juzuk 11 Ayat 81-82
  11. Toha Juzuk 16 Ayat 69
  12. Al-Mukminun Juzuk 18 Ayat 115-118
  13. As-Soffaat Juzuk 23 Ayat 1-10
  14. Al-Ahqaaf Juzuk 26 Ayat 29-32
  15. Ar-Rahman Juzuk 27 Ayat 33-36
  16. Al-Hasyr Juzuk 28 Ayat 21-24
  17. Al-Jin Juzuk 29 Ayat 1-9
  18. Al-Ikhlas Juzuk 30 Seluruhnya
  19. Al-Falaq Juzuk 30 Seluruhnya
  20. An-Naas Juzuk 30 Seluruhnya

*BAGI UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM BILA MENDENGAR MP3/CD AYAT RUQYAH INI,SILA PEJAMKAN MATA DAN DENGAR SEHINGGA TAMAT TANPA MENGIKUT BACAANNYA DIMULUT ATAUPUN DIHATI*

                                       << KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD >>

Selain mengubati penyakit yang melibatkan jin dan syaitan, amalkan memasang audio ini di rumah terutamanya jika anda baru berpindah ataupun merasakan ada sesuatu tidak kena pada tempat tinggal anda. Sebar-sebarkanlah perkara ini kerana mungkin ada keperluannya pada insan yang memerlukan. InsyaAllah.

P/S Kalau di hafal dan dibaca sendiri lagi baik dan penuh keberkaatannya. Semoga perkongsian kali ini mungkin dapat membantu orang yang memerlukan. Jangan lupa terus berdoa dan bermohonlah kepadaNya semoga kita sentiasa di lindungi dari sebarang perkara yang tidak diingini.InsyaAllah.

Selasa, 11 Mac 2014

Jenis Fobia


Setiap orang pasti ada ketakutan ataupun fobia tertentu, ada yang mungkin memudaratkan ada yang sekadar ketakutan biasa sahaja. Banyak istilah-istilah yang digunakan untuk mengammbarkan jenis-jenis fobia ini. Untuk post kali ini naz ingin kongsikan senarai lengkap jenis-jenis fobia. Semua ini kami terjemahkan sendiri daripada beberapa sumber, jika ada sebarang kesilapan harap dapat diperbetulkan.

A
Achluophobia : Fobia pada kegelapan
Acousticophobia : Fobia pada bunyi
Acrophobia : Fobia pada ketinggian
Agoraphobia : Fobia pada tempat terbuka ataupun tempat yang sibuk (crowded)
Ailurophobia : Fobia pada kucing
Alektorophobia : Fobia pada ayam
Alliumphobia : Fobia pada bawang putih
Allodoxaphobia : Fobia pada pendapat
Altophobia : Fobia pada ketinggian
Amaxophobia : Fobia menaiki kereta
Ambulophobia : Fobia berjalan
Ancraophobia/Anemophobia : Fobia pada angin
Androphobia : Fobia pada lelaki
Anglophobia : Fobia pada England, lelaki English, budaya English dll
Anthrophobia : Fobia pada bunga
Antlophobia : Fobia pada banjir
Anuptaphobia : Fobia untuk kekal SINGLE
Apeirophobia : Fobia pada infiniti
Aphenphosmphobia : Fobia disentuh
Apiphobia : Fobia pada lebah
Apotemnophobia : Fobia pada orang yang membuat pembedahan membuang anggota badan.. (Amputations)
Arachnephobia/Arachnophobia : Fobia pada labah-labah
Arithmophobia : Fobia pada angka
Arrhenphobia : Fobia pada lelaki
Arsonphobia : Fobia pada api
Astraphobia/Astrapophobia : Fobia pada petir atau kilat
Astrophobia : Fobia pada bintang atau angkasa lepas
Ataxophobia : Fobia pada benda yang bersepah dan tidak kemas
Atelophobia : Fobia pada benda yang tak sempurna
Athazagoraphobia : Fobia bila dilupakan dan diabaikan
Atychiphobia : Fobia pada kegagalan
Aurophobia : Fobia pada emas
Automatonophobia : Fobia pada patung yang seakan manusia ( ala-ala macam wax statues la..)
Automysophobia : Fobia pada kekotoran
Autophobia : Fobia keseorangan
Aviophobia/Aviatophobia : Fobia untuk terbang

B
Bacillophobia : Fobia pada microbes.
Bacteriophobia : Fobia pada bakteria.
Bancophobia : Fobia pada bank.
Bathmophobia : Fobia pada tangga
Batophobia : Fobia pada ketinggian lagi…
Batrachophobia : Fobia pada amfibia (katak contohnya)
Belonephobia : Fobia pada pin dan jarum
Bibliophobia : Fobia pada buku
Botanophobia : Fobia pada pokok
Brontophobia : Fobia pada petir dan kilat

C
Cacophobia : Fobia pada kehodohan
Caligynephobia : Fobia pada gadis cantik…
Carnophobia : Fobia pada daging
Catagelophobia : Fobia diajuk atau diejek
Catoptrophobia : Fobia pada cermin
Cenophobia / Centophobia : Fobia pada perubahan atau benda baru
Ceraunophobia :Fobia pada petir
Chaetophobia : Fobia pada rambut
Chionophobia :Fobia pada salji
Chiraptophobia : Fobia disentuh
Chirophobia : Fobia pada tangan
Chorophobia : Fobia menari
Chrometophobia/Chrematophobia : Fobia pada wang atau duit
Chromophobia/Chromatophobia : Fobia pada warna
Chronomentrophobia : Fobia pada jam
Cibophobia/Sitophobia/Sitiophobia  : Fobia pada makanan
Claustrophobia : Fobia terperangkap dalam ruang yang sempit atau bilik yang tertutup
Climacophobia : Fobia pada tangga (stairs)
Clinophobia : Fobia nak masuk tidur.
Coimetrophobia : Fobia pada benda yang simetri
Coulrophobia : Fobia pada badut
Cyberphobia : Fobia pada komputer
Cyclophobia : Fobia pada basikal
Cymophobia : Fobia pada gelombang
Cynophobia : Fobia pada anjing



Sabtu, 8 Mac 2014

14 Jenis Seni Bela Diri di Dunia



Ilmu bela diri di seluruh dunia banyak macamnya. Tujuan utama dari semua bela diri tersebut ada dua perkara iaitu untuk mempertahankan diri dari serangan musuh dan untuk menyihatkan badan. Berikut ini adalah 14 jenis seni bela diri di dunia:


1. PENCAK SILAT (Nusantara)

Silat atau silat adalah suatu seni bela diri yang berasal dari Asia Tenggara. Seni bela diri ini secara luas dikenal di Indonesia, Malaysia, Brunei, dan Singapura, Filipina selatan, dan Thailand selatan sesuai dengan penyebaran suku bangsa Melayu nusantara. Silat dianggarkan menyebar di kepulauan nusantara semenjak abad ke-7 Masihi, akan tetapi asal mulanya belum dapat dipastikan. Asal mula ilmu bela diri di nusantara ini kemungkinan berkembang dari kemahiran suku-suku asli Indonesia


Tradisi silat diturunkan secara lisan dan menyebar dari mulut ke mulut, diajarkan dari guru ke murid, sehingga catatan tertulis mengenai asal mula silat sukar ditemui

Jambatan Tertinggi di Dunia



The Millau Viaduct adalah sebahagian daripada E11 tol baru yang menghubungkan Paris dan Barcelona dan ciri jambatan dermaga tertinggi yang pernah dibina. Yang tertinggi adalah 240 meter (787 kaki) tinggi, membuatkan ia menjadi jambatan tertinggi di dunia. Ia lebih tinggi dari Menara Eiffel, Paris, Perancis.

Strawberri Berwarna Biru


Strawberri berwarna biru? Ya, anda mungkin terfikir ianya mustahil, tetapi Syarikat GM membuktikan sebaliknya. Saintis di syarikat tersebut dilaporkan telah berjaya menghasilkan strawberri biru yang telah direka untuk menahan suhu beku.


Para saintis telah menemui sejenis gen khas dari ikan Arctic Flounder yang menghasilkan bahan antibeku sendiri supaya ia dapat melindungi dirinya daripada air beku. Selepas sedikit penyelidikan,gen ini dimasukkan ke dalam gen strawberi yang membuatkan strawberi berwarna biru dan tahan sejuk. Namun penghasilan ini mendapat kritikan banyak pihak kerana dikatakan buah ini tidak selamat dimakan.

Jin Qarin adalah Kembar kita


Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai ‘kembar’ manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin Rasulullah adalah Muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya Qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca Al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Firman Allah: “Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu (Qarin) temannya yang tidak renggang daripadanya.” (Az-Zukhruf 43:36)

Untuk mengimbangi usaha Qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh Qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca “Bismillah” sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca Al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.

Belajar bahasa Jepun




SIAPA YANG INGIN BELAJAR BAHASA JEPUN??

Sekarang naz ingin mengajar serba sedikit Bahasa Jepun yang asas. Walaupun asas tetapi intipatinya adalah padat untuk semua yang baru belajar bahasa Jepun sebelum membina ayat yang lebih panjang..mungkin naz akan cuba tulis dalam bahasa Inggeris agar semua faham dan lebih mudah.

Hello nama saya adalah ムハンマド ナ ズミ ... dalam masyarakat Jepun, apabila anda bertemu dengan seseorang buat kali pertama, istilah "Hajimemashite" akan digunakan sebagai kata-kata pembukaan dan "Doozo Yoroshiku" sebagai kata-kata penutup.
Final Fantasy 7 - Cloud's Buster Sword