Kelebihan ayat Ruqyah dalam perubatan Islam,
Di mana perawat akan membacakan beberapa
potong ayat-ayat Al-Quran supaya pesakit dapat mendengarnya dengan khusyuk.
Bagi mereka yang ada gangguan, biasanya apabila dibacakan Al-Quran pada
telinganya, si Jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh si pesakit
itu akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh bertahan dengan
berdiam diri.
Jadi hari ini naz nak kongsikan kepada
kawan-kawan yang mungkin tidak tahu dan mungkin juga sedang mencari-cari
mengenai Ayat Ruqyah.
Apabila di baca ayat Ruqyah kepada
persakit-pesakit akan memberi tindak balas seperti akan rasa pening-pening
kepala, mabuk, muntah-muntah, menggeletar, pengsan, seram-sejuk dan
berdebar-debar. Untuk makluman, ayat-ayat Al-Quran yang biasa digunakan untuk
rawatan makhluk halus adalah lebih dikenali sebagai Ayat Ruqyah.
CARA MENGGUNAKAN MP3 RUQYAH SYAR’IYAH
- Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).
- Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.
- Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
- Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ayat ruqyah ini 3x sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca ayat Kursi 3x dan surah Al-Insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.
- Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.
- Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.
URUTAN AYAT RUQYAH
- Al-Fatihah Juzuk 1 Seluruhnya
- Al-Baqarah Juzuk 1 Ayat 1-5
- Al-Baqarah Juzuk 1 Ayat 102
- Al-Baqarah Juzuk 2 Ayat 163-164
- Al-Baqarah (Ayatul Kursi) Juzuk 3 Ayat 255
- Al-Baqarah Juzuk 3 Ayat 285-286
- Ali-Imran Juzuk 3 Ayat 18-19
- Al-’Araf Juzuk 8 Ayat 54-56
- Al-’Araf Juzuk 9 Ayat 117-122
- Yunus Juzuk 11 Ayat 81-82
- Toha Juzuk 16 Ayat 69
- Al-Mukminun Juzuk 18 Ayat 115-118
- As-Soffaat Juzuk 23 Ayat 1-10
- Al-Ahqaaf Juzuk 26 Ayat 29-32
- Ar-Rahman Juzuk 27 Ayat 33-36
- Al-Hasyr Juzuk 28 Ayat 21-24
- Al-Jin Juzuk 29 Ayat 1-9
- Al-Ikhlas Juzuk 30 Seluruhnya
- Al-Falaq Juzuk 30 Seluruhnya
- An-Naas Juzuk 30 Seluruhnya
*BAGI UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG
MAKSIMUM BILA MENDENGAR MP3/CD AYAT RUQYAH INI,SILA PEJAMKAN MATA DAN DENGAR
SEHINGGA TAMAT TANPA MENGIKUT BACAANNYA DIMULUT ATAUPUN DIHATI*
Selain mengubati penyakit yang melibatkan jin
dan syaitan, amalkan memasang audio ini di rumah terutamanya jika anda baru
berpindah ataupun merasakan ada sesuatu tidak kena pada tempat tinggal anda.
Sebar-sebarkanlah perkara ini kerana mungkin ada keperluannya pada insan yang
memerlukan. InsyaAllah.
P/S Kalau di hafal dan dibaca sendiri lagi
baik dan penuh keberkaatannya. Semoga perkongsian kali ini mungkin dapat
membantu orang yang memerlukan. Jangan lupa terus berdoa dan bermohonlah
kepadaNya semoga kita sentiasa di lindungi dari sebarang perkara yang tidak
diingini.InsyaAllah.